bena sekolah

bena sekolah

Khamis, 11 Ogos 2016

Temasya Sukaneka dan Hari Keluarga & Sambutan Hari Raya SRI Darul Thulab 2016


Temasya Sukaneka dan Hari Keluarga & Sambutan Hari Raya SRI Darul Thulab 2016 

SukanekaSRIDT2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bertempat di Padang Awam Taman Selasih, pada hari Ahad 31 Julai 2016, telah berlangsungnya Temasya Sukaneka dan Hari Keluarga serta Sambutan Hari Raya Sekolah Rendah Islam Darul Thulab yang menggabungkan tiga cawangan dalam satu acara - Bandar Tasik Puteri, Gombak dan Selayang. Tahun ini, cawangan Gombak menjadi tuan rumah bagi temasya yang ke-19 ini.

Temasya ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hasbullah bin Mohd Ridzwan, ADUN Gombak Setia. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan dalam sukaneka ini, antaranya Isi Air dalam Botol dan Bawa Bola Pingpong dalam Sudu (Tadika), Leret Bola Dengan Gelung (Tahun 1 & 2), Lontar Bola Dalam Bakul dan Lari Sambil Mengepit Bola (Tahun 3 & 4), Boling Kelapa dan Menggelecek Bola (Tahun 5 & 6).

Menariknya, yang menjadi tumpuan setiap tahun dalam temasya ini adalah Piala Pusingan Bolasepak yang menjadi rebutan tiga penjuru (cawangan) tersebut. Dan, tahun ini, Selayang berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lalu dengan menewaskan Bandar Tasik Puteri dengan 5-0 selepas Bandar Tasik Puteri berjaya ke peringkat akhir menentang Gombak dengan 0-0 yang disudahkan dengan sepakan penalti, 3-1.

Selain itu juga, Bandar Tasik Puteri menjuarai acara tarik tali bagi acara Ibu Bapa dan Guru. Temasya dimulakan seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Berikut antara paparan menarik sepanjang temasya ini berlangsung.
 
 
Berhimpun di tengah padang
Antara hadiah dan pingat yang dipertandingkan untuk setiap acara
Piala Pusingan Bola Sepak yang diidamkan
Maskot berdiri di setiap tahun
Persembahan pembukaan oleh wakil pelajar Bandar Tasik Puteri
Ucapan oleh Guru Besar, Puan Rosidah Senong
Antara ibubapa yang hadir
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Hasbullah, ADUN Gombak Setia
Pelajar tadika menunggu acara dimulakan
Ibu bapa tampil memberikan sokongan
Cepat isi air itu sampai penuh!
Acara bawa bola pingpong dalam sudu
Hebat abang-abang Tahun 5 menggelecek bola!
Qistyna dan Qistina, pelajar Tahun 5 memulakan acara boling kelapa
Sasaran hampir mengena
Kepantasan
Acara lontar bola ke dalam bakul
Ibu-ibu urusetia
Tersenyum kenapa?
Berbeza cawangan, namun mereka tetap satu
Acara tadika - bawa bola pingpong dalam sudu
Acara tahun 1 - tarik bola dengan gelung

Acara Tahun 3 - lari kepit bola
Cepat, jangan sampai jatuh!
Berusaha keras tu
Memanah kan sunnah
Ustaz Faris meniupkan wisel memulakan saingan
Mencipta kemenangan
Anak dan ayah berteduh di bawah terik mentari
Teliti betul tu
Menganggar dulu, baru boleh masuk
Buktikan kepantasanmu!
Kaum bapa memulakan acara tarik tali
Kaum ibu bermain kerusi berirama (musical chair)

Ustaz Najib mengendalikan sistem PA
Perlawanan akhir Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - kontijen Selayang
Perlawanan akhir Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - kontijen Bandar Tasik Puteri
Perlawanan akhir di atas padang
Persembahan penutupan oleh wakil pelajar Selayang
Persembahan penutupan oleh wakil pelajar Gombak
Acara penyampaian hadiah
Memberikan pingat kepada pelajar yang menang
Tempat ke-3 Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - Gombak
(Tewas penalti 3-1 dengan Bandar Tasik Puteri)
Tempat ke-2 Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - Bandar Tasik Puteri
(Tewas dalam perlawanan akhir menentang Selayang dengan jaringan 5-0)

Juara Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - Selayang
(Menang 5-0 ke atas Bandar Tasik Puteri)


Majlis merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada semua pelajar yang menyertai acara yang telah dipertandingkan, ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan temasya bagi tahun ini, juga para urusetia dan guru yang sentiasa memastikan temasya berlangsung dengan lancar dan sempurna. Juga tidak dilupakan kepada para penaja dan penyumbang yang membantu menjayakan dan menyempurnakan kekurangan dalam temasya ini, tidak dilupakan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan temasya ini dengan gilang-gemilang sekali. Semoga Allah membalas segala jasa yang telah dicurahkan, insyaAllah.

Ahad, 22 November 2015

pengenalan TADIKA ISLAM

Thursday, May 20, 2010

PENGENALAN TADIKA ISLAM DARUL THULAB


 

pengenalan TADIKA ISLAM 

DARUL THULAB


KAMI MENAWARKAN 4 DALAM 1
1.PENDIDIKAN AKADEMIK & AGAMA
2.MENGAJI IQRA' & ALQURAN SETIAP HARI
3.PRA TAHFIZ AL-QURAN
4.LATIAN AMALI SOLAT SUNNAT & SOLAT WAJIB

Yuran Bulanan :Rm 70.00(termasuk mengaji)
PENJAGA YANG BERPENDAPATAN RM 1500 KE BAWAH ISI BORANG BANTUAN KERAJAAN NEGERI DAN PENJAGA HANYA PERLU MEMBAYAR RM 20 SEBULAN 

 Assalamu alaikum....
Pendaftaran untuk sessi 2014 bermula sepanjang sessi persekolahan dan bulan sepanjang bulan Disember 2013  hari isnin -jumaat dan bagi yang tidak berkesempatan boleh buat temu janji hari sabtu dan ahad atau waktu malam selepas solat issyak setiap hari.

Sekolah Rendah Islam Darul Thulab mempunyai pengalaman 16 tahun dalam mendidik pelajar-pelajar yang hebat ,Melahirkan Ramai pelajar yang berakhlak,beriman dan beramal soleh dan ramai yang berjaya masuk ke MRSM,Sek.Menengah Agama Asrama Penuh Di Selangor san Negeri-negeri lain,mula beroprasi sejak 1998 ,beberapa kejayaan dan anugerah dari JAIS telah kami terima sepanjang 16 tahun membangun modal insan.

Kami berada di tiga lokasi di Selangor ini

GAMBAR GURU BESAR USTAZAH ROSIDAH DI RAIKAN MAJLIS PENYAMPAIN ANUGERAH SEKOLAH PENGURUSAN TERBAIK 2012-2013 DI HOTER DPALMA SHAH ALAM










.


PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG I KELAS HANYA 25 PELAJAR















pengenalan TADIKA ISLAM DARUL THULAB

No:21A, Jalan 2A/1, Bandar Baru Selayang,Fasa 2A, 68100
Batu Caves,SDE. Tel:03 61861460/0132120873(Ustz Ida)
0126172673 Ustaz Najib\014 3280288 Ustzh Lela
Di Surau An-naim Apartment Fiona Jalan Samudera Barat 8
Fasa 3c Tmn.Samudera,68100 Batu Caves SDE.
Tel:03 61861460(pej.selayang)013 2120873(Ustzh Ida)
No.1 A & B, Jalan Hijau 5/1 Green Velly Park.Bandar Tasik

















Tadika Islam Darul Thulab adalah sebuah institusi yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang beroperasi dari awal tahun 1998 dengan pembelajaran terkini yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah bestari di negara-negara Asia.

matlamat

Memberi pendidikan sempurna
untuk anak-anak kearah
perkembangan fikiran dan
penyuburan dari segi pendidikan
intelek, emosi, sosial, fizikal secara
Addin (cara hidup Islam). Ke arah generasi berilmu, bertaqwa, beramal dan segala keperluan anak anda melangkah ke sekolah rendah.
mata pelajaran(AKADEMIK & AGAMA)

a. Pengajian Al-Quran (Iqrak). i. Nasyid.
b. Tauhid. j. Bahasa Melayu.
c. Fekah. k. Bahasa Inggeris.
d. Akhlak. l. Matematik.
f. Sirah. m. Lukisan.
g. Tulisan Khat/Jawi. n. Sukan & Lain-lain.
h. Hadith.

WAKTU BELAJAR
BTP,7.45 pagi -10.45 pagi
Selayang  8.00 pagi-11.00  pagi
Gombak 8.00 pagi-11.00  pagi

KELAS

a. Tadika 1 : 4 & 5 tahun
b. Tadika 2 : 6 tahun
YURAN
Yuran Pendaftaran :Rm 50.00
Yuran Bulanan :Rm 70.00(termasuk mengaji)
PENJAGA YANG BERPENDAPATAN RM 1500 KE BAWAH ISI BORANG BANTUAN KERAJAAN NEGERI DAN PENJAGA HANYA PERLU MEMBAYAR RM 20 SEBULAN 
Yuran Pengangkutan :Rm 35 Sebulan
KEISTIMEWAAN

a. Laporan Kemajuan JAIS.
b. Sijil Tadika JAIS.
c. Latihan Sembahyang (Amali).
d. Latihan berwudhuk (Amali).
e. Bas Pengangkutan Diuruskan.
f. Lawatan Sambil Belajar.
g. Perayaan Sukan Tahunan.












بسم الله الرحمن الر حيم


Kepada Dato’Datin,Tuan Puan,Muslimin  dan Muslimat kami sangat mengalualukan bantuan  bagi membantu usaha yang murni ini bagi membiyayai kos pengurusan Sek.Ren.Islam Darul Thulab yang  menyediakan   kelas Agama dan aktiviti kemasyaraatan dan aktiviti seperti tersebut di atas untuk masyarakat sekitanya khususnya yang kurang berkemampuan, kami sangat mengalu-alukan YAB Dato’Sri untuk memberi pandangan atau buah fikiran untuk kebaikan dan kemajuan Sek.Ren.Islam Darul Thulab untuk masa-masa akan datang,dengan bantuan Dato’Datin,Tuan Puan,Muslimin  dan Muslimat kami yakin Sekolah ini pada masa akan datang tidak akan terkubur bersama terkuburnya ahli jemaah yang gigih mempertahankan selama ini,kerana tidak mampu membayar sewa bangunan dan lain-lain lagi sekiranya mendapat bantuan dari Darto’Datin,Tuan Puan,Muslimin  dan Muslimat,terima kasih diatas bantuannya Semoga di murahkan Rizki amin .


Bantuan boleh melalui cek berpalang diatas nama “ SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB”.atau masukkan terus ke maybank no akaun 564221210758,

atau atas nama PIBG SEK.AGAMA DARUL THULAB”. atau masukkan terus ke AM ISLAMIC BANK BERHAD no akaun 458-088-0202-0002014282.
 
ATAU HUBUNGI TALIAN 012 6172673 (AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB)
/013 2120873( USTAZAH ROSIDAH SENONG)