Temasya Sukaneka dan Hari Keluarga & Sambutan Hari Raya SRI Darul Thulab 2016
SukanekaSRIDT2016
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bertempat di Padang Awam Taman Selasih,
pada hari Ahad 31 Julai 2016, telah berlangsungnya Temasya Sukaneka dan
Hari Keluarga serta Sambutan Hari Raya Sekolah Rendah Islam Darul
Thulab yang menggabungkan tiga cawangan dalam satu acara - Bandar Tasik Puteri, Gombak dan Selayang. Tahun ini, cawangan Gombak menjadi tuan rumah bagi temasya yang ke-19 ini.
Temasya ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hasbullah bin Mohd Ridzwan, ADUN Gombak Setia. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan dalam sukaneka ini, antaranya Isi Air dalam Botol dan Bawa Bola Pingpong dalam Sudu (Tadika), Leret Bola Dengan Gelung (Tahun 1 & 2), Lontar Bola Dalam Bakul dan Lari Sambil Mengepit Bola (Tahun 3 & 4), Boling Kelapa dan Menggelecek Bola (Tahun 5 & 6).
Menariknya,
yang menjadi tumpuan setiap tahun dalam temasya ini adalah Piala
Pusingan Bolasepak yang menjadi rebutan tiga penjuru (cawangan)
tersebut. Dan, tahun ini, Selayang berjaya mengekalkan kejuaraan tahun
lalu dengan menewaskan Bandar Tasik Puteri dengan 5-0 selepas Bandar
Tasik Puteri berjaya ke peringkat akhir menentang Gombak dengan 0-0 yang
disudahkan dengan sepakan penalti, 3-1.
Selain itu
juga, Bandar Tasik Puteri menjuarai acara tarik tali bagi acara Ibu Bapa
dan Guru. Temasya dimulakan seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 2
petang. Berikut antara paparan menarik sepanjang temasya ini
berlangsung.
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada semua pelajar yang
menyertai acara yang telah dipertandingkan, ibu bapa yang sudi hadir
memeriahkan temasya bagi tahun ini, juga para urusetia dan guru yang
sentiasa memastikan temasya berlangsung dengan lancar dan sempurna. Juga
tidak dilupakan kepada para penaja dan penyumbang yang membantu
menjayakan dan menyempurnakan kekurangan dalam temasya ini, tidak
dilupakan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
menjayakan temasya ini dengan gilang-gemilang sekali. Semoga Allah
membalas segala jasa yang telah dicurahkan, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan