بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Munculnya Panji-panji Hitam Dari Khurasan..
Dunia telah merakamkan suatu sejarah hitam dalam sejarah Umat Islam
dengan runtuhnya Khilafah al-Islamiyah di Turkey pada 1922 Masehi di
mana Sistem Khalifah Uthmaniyah diruntuhkan oleh kamal at-Tartuk dengan
bantuan British dan Negara-negara Barat..
Hal ini telah digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis iaitu:
Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu,
maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman
Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang
berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH
mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman
Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan
dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu
sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman
Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup
Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Islam terpaksa menempuh zaman gelap atau zaman fitnah yang panjang.
Telah, sedang dan akan berlaku detik penentuan serta "sequence"
peristiwa untuk umat Islam keluar daripada zaman fitnah kepada zaman
ummah kali kedua.
~ STUDY THE HISTORY,
~ UNDERSTAND THE STRATEGIES,
~ LEARN THE LESSONS..!!
Kita dilahirkan disatu zaman yang aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan,
sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah
dirosakkan oleh Yahudi, Nasrani, Komunis, Kapitalis, Nasionalis,
Sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaitan
serta tipuan dunia.
Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul
sepertimana umat di zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya.
Tetapi Nabi dan Rasul sudah tidak ada lagi. Maka ALLAH yang amat sangat
penyayang dan lemah lembut itu menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip
dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang
lengkap perihal akan berlakunya kebangkitan Islam kali kedua untuk zaman
jahiliah kedua ini. Jadual itu sebenarnya sudah lama ditunggu oleh
dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya
berlaku di tangan mereka.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan oleh umat manusia. Maka Simpanlah dinar dan dirham (untuk
digunakan).
((( H.R Imam Ahmad Ibn Hanbal ))).
Bukankah ini semua sedang terjadi?? Sebenarnya Hadis-Hadis dan al-Quran
itulah Jig Saw Puzzle yang berselerak sambil menunjukkan Jalan Lurus
kepada siapa yang bertakwa..
Kenapa Nabi Bersabda Demikian Rupa?
Golongan Manakah Yang Sedang Giat Menjalankan Permintaan Nabi ini??
BAGI MEREKA YANG MENGKAJI,
MESTI MENGETAHUI ADA RAHSIA YANG TERSEMBUNYI
((( DARI TIMUR KE HARAMAIN )))
Ibarat ular pulang ke lubangnya..
Islam Terakhir Dari Rumpun NAGA...
Ahlul bait Kembali Bertahta...
Keturunan Rasulullah Memegang Tahta...
Dari Timur Ke barat berjalan & berkuda...
Menyampaikan Misi Takhta lagi Terahsia...
Bangsa Yang MEMENDAM RASA...
Bangsa Yang Punya
((( ALTER TERAHSIA )))
Daripada Abdullah bin Harist bin Juzu' Az Zubaidi katanya:
Sabda Rasulullah SAW akan lahir SATU GOLONGAN manusia dari TIMUR, mereka menyiapkan tapak kepada pemerintahan al-Mahdi.
~ Sunan Ibnu Majah
~ Sunan Baihaqi
~ Uqdud Durar (m/s 92)
Tapak Pemerintahan?
Adakah Anda Tahu Malaysia, Indonesia dan Sekitar Nusantara Sedang Giat Di Dalam Berurus niaga Mengunakan Dinar Dan Dirham...
Inilah Yang Disebut Bagaikan Bumi Madinah Ke -2..
Kenapa disebut Timur?
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali
baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan
memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian
itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia
datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji al-Mahdi.”
(Riwayat At Thabrani)
Kerana disanalah keluarnya Panji-panji Hitam yang akan ke Khurasan.
>>>> 72 bulan <<<< Berjalan, berkuda bergabung
dengan batalion lain. Bertempur dengan susah dan payahnya, mendaki bukit
dan meredah salji. ~~~~> EKSPEDISI TETAP DITERUSKAN KE KHURASAN
<~~~~ Kerana di sana ada kunci kedua yang diisyaratkan... Ternyata
bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum ini
tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini.
Atau kalaupun belum pasti ia
berlaku di kurun ini, apa salahnya kita berlumba-lumba dan berdoa agar
ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita pun rindu
sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual ALLAH yang
memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu. Kita Sudah jemu
sekali hidup dalam dunia Sekularis ini.
Kalau para Sahabat pun iri hati
dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman
ini, mengapa tidak kita? Dan kalau Sahabat Abu Ayub al-Ansari yang
sudah tua itu pun bersemangat muda di 1400 tahun dahulu, untuk merebut
Kota Konstantinopel dari tangan Kristian sebagaimana yang dijanjikan
oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada tentera
yang baik seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat
Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk
akhir zaman ini? Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutus pada umat ini
disetiap awal 100 tahun orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya
(mujaddid).
Kaliann Semua, lagi berapa tahunkah genapnya 100 tahun
Khalifah Uthmaniyah ditumbangkan ??? Ada dua tanda untuk kedatangan
al-Mahdi ... Yang pertama adalah gerhana bulan di malam pertama
Ramadhan, dan kedua adalah gerhana matahari dipertengahan bulan .
(Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi
al-Muntazar, hal. 47) Pada tahun 80an telah terjadinya 2 gerhana
matahari dan gerhana bulan di bulan Ramadhan berturut-turut..!! Anda
Tahu apa maknanya ini semua ??? Ini adalah tanda-tanda (kelahiran
Muhammad ke-2 ) Inilah Muhammad Bin Abdullah yang kami maksudkan sebagai
Imam Mahdi.
Masih ingat lagi tentang TASIK GALILEE ??? Tinggal berapa
tahun lagi tasik itu akan kering? Rasulullah SAW Bersabda: Sebuah
bintang dengan ekor bercahaya akan muncul dari Timur sebelum munculnya
al-Mahdi. (Ka’ b al-Ahbar ). Anda Masih Ingat Komet Halley ? Tahukah
anda untuk mengukuhkan pendapat ini, bintang yang terbit melalui Timur
dan barat adalah tanda-tanda ; (kelahiran Muhammad ke-2 ) dan bintang
yang dimaksudkan itu = Komet Halley Juga telah muncul sekitar tahun
80an... dan hari ini sudah pun berlalu menghampiri 30 tahun. (Allah
telah "sengaja" bekalkan tanda2 ini untuk umat ISLAM bersedia, sudahkah
anda beringat ???) (Allah telah "sengaja" mengIZINkan kata2 Nabi
semuanya jadi 100% di zaman kita).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan