بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
PEYAKSIAN KALIMAH SYAHADAH
Tuan-tuan
dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalan. Disini saya tidak bercadang
untuk mengupas atau tidak bercadang untuk menterjemahan syahadah dalam
bentuk kalimah tauhid atau kaliamah Rasul. Keranan kaimah tauhid dan
kalimah Rasul, tafsir panjang lebar sudah terkandung dan sudah terdapat
didalam kitab mengenal makrifat (kitab mengenal Allah yang bewarna
hijau), halaman 26 daripada muka surat 496 sehingga 530.
Dikesepatan ini, saya bercadang untuk membicarakan tentang peyaksian,
iaitu apa maksud saksi dan apa makna meyaksikan!. Sebelum berkalimah
syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan
hidayah dari Allah s.w.t, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir
kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah s.w.t.
Bagi mendapatkan perkenan atau persetujuan Allah s.w.t, hendaklah
terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah
syahadah yang telah berlangsung di kalam bibir kita itu, dihayati dengan
sajian ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendangan alunan suara
bibir?. Hanya hati mereka-mereka yang ditunjuki, dianugerah dan yang
dikehendaki Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang
tersembunyi di sebalik kalimah syahadah. Allah s.w.t sahaja yang dapat
membuka simpulan iman itu dan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat
memberi petunjuk ke arah mengetahui rahsia di sebalik syahadah.
Simpulan iman yang tersimpul di sebalik syahadah itu, teramat sulit
untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu, tersimpul disebalik simpulan iman.
Simpulan iman itu tersimpul di dalam kalimah “tahu“ tetapi tidak “mengetahui” (kenal). Perkataan tahu itu, adalah simpulan yang tersimpul di sebalik khayalan akal atau hanya sekadar angan-angan.
Tanya: Siapa saksi dan siapa yang meyaksikan?.
Jawab: Semasa melafaz dua kalimah syahadah, kita dikehendaki
menghadirkan saksi dan mengadakan saksi. Barulah lafazan kita itu
diterima pakai, jika kita melafazkan dengan tidak ada saksi, seumpama
lafaz seekur burung tiung dan seumpama lafaz dari sebuah radio kaset.
Lafaz kita itu tidak ubah seperti lafaz yang keluar dari bibir seorang
kanak-kanak yang belum akil baligh.
Sebelum kita melafazkan kalimah syahadah, terutamanya di dalam solat,
kita dikehendaki menghadirkan dan menyatakan wajah Allah terlebih
dahulu di dalam hati. Setelah wajah Allah itu benar-benar hadir di dalam
lubuk hati kita, barulah dua kalimah syahadah yang kita ucapkan itu,
ada nilai, ada makna dan ada yang menyaksikannya. Jika Allah tidak dapat
kita hadirkan, kepada Tuhan mana hendak kita persaksikan syahadah
kita?.
Siapakah saksi dan siapakah yang menyaksikan di kala kita melafazkan
kalimah syahadah?. Yang bersaksi (melafaz) kalimah syahadah kita itu,
adalah roh, saksinya adalah Allah sendiri dan yang meyaksikannya atau
selaku pemerhatinya, adalah anggota zahir dan makhluk alam seluruhnya.
Oleh itu sebelum bersyahadah, kita dikehendaki menghadir dan menzahirkan
wajah Allah terlebih dahulu, sebagai saksi ucapan syahadah kita.
Barulah ucapan kita itu, boleh dikatakan dilafaz melalui saksi.
Jika kita tidak dapat menghadirkan Allah sebagai saksi, siapa lagi
yang hendak menjadi saksi kita?. Tidak sah sesebuah kesaksian
(perjanjian), bila kita yang melafaz, kita yang menjadi hakim dan kita
juga yang menjadi saksinya.
Syahadah yang sah dan yang diterima Allah itu, adalah syahadah yang
disertai dengan saksi. Saksi syahadah kita itu, adalah Allah sendiri,
tidak ada perantaraan dengan yang lain selain Allah. Seandainya kita
tidak mengenal Allah, bagaimana untuk menghadirkan Allah ke dalam hati,
sebagai saksi!. Seandainya kita tidak mengenal diri, bagaimana pula
untuk menghadirkan roh, bagi menyaksikan perjanjian syahadah kita,
ketika mulut melafazkan syahadah?. Selaku orang Islam, jangan kita ambil
mudah dan pandang ringan tentang syahadah, ianya adalah payung kepada
segala ibadah.
Apabila kedua-duanya tidak dapat kita hadirkan diketika bersyahadah
atau diketika sembahyang, apalah ertinya sebuah kalimah syahadah dan
apalah maknanya sebuah ibadah sembahyang. Cuba ajukan pertanyaan ini
kepada diri kita sendiri, apakah ucapan kalimah syahadah dan sembahyang
kita itu, sudah dihadiri oleh wajah Allah dan roh?. jika jawapannya
memihak kepada tidak, apalah ertinya, gunanya dan nilainya sebuah
syahadah atau solat kita itu, tanpa kehadiran keduanya!. Seandainya kita
tidak mengenal Allah, kita tidak akan dapat memahami apa ertinya sebuah
kalimah tauhid (Laila hailallah). Manakala seandainya kita tidak
mengenal diri, kita tidak akan dapat memahami erti sebutan kalimah
rasul (Muhamadul Rasulullah). Pokok pangkalnya di dalam sebarang ucapan
kalimah syahadah yang kita lafazkan itu, ianya memerlukan kepada perkara
mengenal Allah dan Rasulnya terlebih dahulu. Barulah segala ibadah dan
segala ucapan yang kita lafazkan itu, penuh makna dan penuh erti serta
diterima Allah Taala. Apabila kita melafazkan ucapan dua kalimah
syahadah atau bersolat, hati kita hendaklah terlebih dahulu menghadirkan
Allah. Setelah Allah itu hadir dengan jelas dan nyata di hati kita,
barulah lafaz kita itu dianggap sah dan disertai sekali dengan saksi
dan yang menyaksikannya. Barulah syahadah kita itu, diperakui benar oleh
Allah Taala.
Kita tidak perlu menghadirkan orang lain selain Allah bagi menjadi
saksi dalam berkalimah. Antara kita dengan Allah, tidak ada hijab,
dinding, tembok, sempadan atau perantara. Segala makhluk tidak layak
untuk menjadi saksi lafazan keramat syahadah, melainkan Allah sendiri.
Bagaimana untuk menzahir dan menghadirkan Allah ke dalam hati kita!,
cara dan kaedah untuk menzahir dan menghadirkan wajah Allah ke dalam
hati, adalah dengan belajar ilmu mengenal Allah (ilmu makrifat).
Manakala semasa kita melafazkan kalimah rasul (Muhamad Rasulullah), kita
dikehendaki mengenal diri (mengenal roh) terlebih dahulu. Bagi yang
tidak mengenal diri, bagaimana untuk menzahir dan menghadirkan roh untuk
bersaksi (berjanji). Bagi sesiapa yang tidak dapat menghadir dan
menzahirkan roh, siapakah lagi yang layak untuk menyampai dan mengucapan
kalimah syahadah kita kepada Allah?.
Anggota zahir seumpama bibir mulut, hanya selaku pemerhati atau
selaku menyaksikannya sahaja, tidak lebih dari itu. Diri kita yang zahir
ini hanya selaku tukang sebut sahaja, seumpama kuli angkat barang.
Selaku kuli, tugas kita hanyalah angkat, angkut dan pikul barang,
manakala yang menerima barang itu, adalah majikan kita (roh), selaku
tuan yang empunya barang, kita selaku kuli hanya dapat penat dan dapat
pandang sahaja, tanpa dapat rasa sedikit pun dari barang yang kita
angkut. Inilah nasib kuli dan nasib orang yang kena suruh.
Apalah yang ada pada kita, selaku hamba abdi yang fakir lagi daif
untuk menjadi saksi lafaz kalimah Allah Yang Maha Tinggi. Cuba kita
gerak-gerakkan bibir orang yang sudah mati, anggota orang mati itu,
boleh bergerak bila ianya digerakkan, sebegitu jugalah taraf dan
kedudukan diri kita selaku seorang hamba Allah, selaku abdi dan selaku
kuli yang fakir. Sudah tentu tidak layak menjadi saksi dan bersaksi
dengan Allah, dalam melafazkan kalimah syahadah.
Yang melafazkan ucapan kalimah syahadah itu, adalah diri rohani (roh)
yang berkedudukan tinggi dan bukannya lafaz dari sifat anggota diri
jasmani yang berkedudukan rendah lagi kotor, apa lagi dari seorang diri
yang tidak kenal diri dan mengenal Allah. Diri jasmani tidak ubah
seumpama diri orang mati, yang tidak berkuasa melafazkan kalimah Allah
Yang Maha Tinggi. Yang akan menyambut kalimah itu nantinya, adalah dari
kalangan yang tinggi-tinggi kedudukannya. Apabila yang menyambutnya
berkedudukan tinggi, semestinya yang melafazkannya juga, seharusnya dari
kalangan yang berkedudukan tinggi juga. Rohani (roh) kitalah sebenarnya
yang melafazkan kalimah syahadah Yang Maha Tinggi itu.
Kalimah syahadah yang kita lafazkan itu, apakah bukan sekadar
main-main atau sekadar lafazan dari seekor burung tiung atau dari bibir
mulut seorang yang hanya tahu menyebut sahaja?. Apabila kedudukan yang
melafaz itu berada pada kedudukan tinggi, barulah yang berkedudukan
tinggi juga akan menyambutnya. Yang menyambut syahadah kita itu adalah
Allah sendiri.
Setiap kali syahadah yang disebut, setiap kali itu juga bergegarnya
tiang arash. Seandainya tiang arash Allah yang menjadi pasak bumi boleh
bergegar bila mengucapkan kalimah syahadah, inikan pula hati kita yang
lembut. Sudah tentu gegaran, getaran serta sentuhan lafaz kalimah
syahadah itu, teramat hebat menerjah ke dinding hati.
Tidak ada yang dapat mengegarkan tiang arash Allah, melainkan kalimah
syahadah. Letupan gunung berapi dan laungan malaikat Israfil semasa
meniup trompet sangka kala di hari kiamat, tidak sediki tpun dapat
mengegarkan tiang arash, melainkan hanya kalimah syahadah dari
hamba-hambaNya yang mengenal Allah. Begitulah besar, tinggi, hebat serta
dahsyatnya ucapan kalimah syahadah itu, bila ianya dilafaz dengan
pengetahuan ilmu mengenal Allah, sehingga ianya dapat mengegar dan
mengoncang pintu hati dengan rasa yang amat hebat dan dahsyat. Kalimah
syahadah yang keluar dari peti suara kita, janganlah sama dengan suara
yang keluar dari peti radio kaset atau dari peti suara seekor
burung tiung. Untuk membezakan lafaz kita itu, berbeza dengan lafaz
kanak-kanak yang belum akil baliqh atau lafaz burung tiung, kita
hendaklah mengenal diri (roh) dan mengenal Allah. Barulah lafaz kita
itu, benar-benar lafaz kalimah syahadah yang sebenar-benarnya berbeza
dari mereka yang tidak mengenal Allah. Barulah lafaz syahadah kita itu
ada saksi, bersaksi dan ada yang menyaksikannya.
Kalimah syahadahlah yang menentu dan membezakan apakah kita itu,
benar-benar seorang Islam atau tidak. Apabila benar dalam bersyahadah,
maka akan benarlah dalam sembahyang dan benarlah juga menjadi seorang
Islam muslim yang beriman.
Yang bersyahadah, yang berjanji dan yang bersaksi itu adalah roh.
Yang menjadi saksi dan yang menerima penyaksian kita itu, adalah Allah
sendiri, tanpa ada makhluk perantaraan. Manakala anggota tubuh dan
makhluk sekalian alam ini, hanya bertindak selaku pemerhati dan selaku
menyaksikannya sahaja. Ingat itu!.
Sungguhpun begitu, tuan-tuan harus ingat, pengajian ilmu syahadah
belum tamat dan belum putus disini!. Tangga pengajian sebagaimana saya
nyatakan diatas dan sebagaimana saya nyatakan dalam kitab pertama
(mengenal makrifat atau mengenal Allah) itu, belum tamat dan belum
putus. Pengajian dalam kitab pertama atau pengajian ilmu syahadah
sebagaimana saya hujahkan diatas, itu adalah pengajian ilmu bagi
mereka-mereka yang duduk pada anak tangga syariaat atau tangga torikat!.
Penerangan ilmu pada peringkat itu, hanya baru berlegar dalam
lingkungan ilmu feqah. Saya belum sentuh lagi syahadah dalam bentuk
ilmu hakikat dan makrifat!. Manakala dalam kitab ketiga ini, akan saya
nyatakan syahadah yang lebih tinggi!, menurut saluruan, menurut sudut
pandang atau menurut kefahaman ilmu hakikat dan makrifat!.
Soal: Bagaimana hakikat syahadah menurut sudut pandang ilmu makrifat?.
Jawab: Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Lafaz syahadah yang sebenar mengikut sudut pandang ilmu hakikat itu,
bukan lagi terletak pada saksi, diperaksi atau meyaksi lagi!. Sebutan
bersaksi, saksi dan meyaksikan itu, adalah syahadah yang berada pada
anak tangga ilmu syariaat. Iaitu sebutan atau lafazan yang terbit, yang
keluar dan yang terzahir di bibir mulut itu, adalah sekadar bunyi yang
keluar dari suara halkum!. Syahadah diperingkat ilmu syariaat itu,
adalah syahadah lafah yang keluar bertujuan untuk meletakkan suara
menjadi saksi!. Sedangkan suara tidak boleh menjadi saksi!. Kebanyakkan
kita, secara tidak sedar dan secara tidak sengaja, telah meletakkan
suara bagi menjadi saksi, bersaksi dan meyaksikan dalam bersyahadah!.
Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang Feqah (syariaat) atau syahadah orang awam?
Jawab: Orang syariaat menyebut kalimah syahadah “aku bersaksi
atau aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah”. Pada peringkat
permulaan (peringkat syariaat), sebagaimana dinyatakan didalam
kitab pertama ( Kitab Mengenal Makrifat), pengarang telah meletakkan
adanya perkara bersaksi, saksi dan meyaksikan. Iaitu roh itu
bersaksi, Allah itu saksi dan tubuh badan sebagai meyaksi.
Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang torikat;
Jawab: Adapun syahadah peringkat orang hakikat bilamana melafaz perkataan syahadah itu, adalah lafazan yang disertai dengan “mengetahui”.
Bukan syahadah yang berpaksi kepada ikar mulut, bukan berpaksi kepada
bersaksi, bukan berpaksi kepada meyaksi dan tidak berpaksi kepada
disaksikan!, tetapi berpaksi kepada mengetahui!.
Bilamana tingkatan ilmu sudah sampai kepada tangga hakikat, sudah
tentu lafaz syahadah kita memberi pengertian yang lebih tinggi,
berbanding tahao syariaat. Orang syariaat berpaksi kepada “suara atau
kepada bunyi”, manakala orang torikat melafas kalimah syahadah pula,
adalah berpaksi kepada “megetahui”, aku mengetahui bahawa Allah itu,
adalah Allah”.
Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang hakikat dan makrifat;
Tidak perlu kepada bersaksi, saksi dan tidak perlu
lagi kepada peyaksian!. Tidak perlu lagi kepada apa-apa. Tidak perlu
kepada perkara suara dan tidak perlu kepada perkara mengetahui. Syahadah
makam orang hakikat dan orang makrifat itu, bukan lagi berhajat kepada
niat “aku naik saksi” bahawa tiada Tuhan lain selain Allah tetapi lebih berhajat kepada “aku mengetahui” bahawa Allah itu, adalah
Allah!.
Orang hakikat atau orang makrifat itu, makam syahadahnya bukan lagi
duduk pada sebutan mulut atau niat hati tetapi duduk kepada daripada
Allah kepada Allah sendiri. Syahadahnya mereka-mereka yang mengenal
Allah itu, adalah syahadah yang disertai dengan perkara “rasa”.
Mereka-mereka yang mengenal Allah (makrifatllah) itu, tidak lagi perlu
saksi, bersaksi atau meyaksi lagi. Bagi mereka-mereka yang sudah tamat
dan sudah khatam dalam bidang ilmu makrifat itu, tidak ada lagi berdalil
dengan mulut, suara, saksi, bersaksi atau meyaksikan!.
Cukuplah Allah itu, adalah Allah. Allah bagi orang makrifat itu,
teramat jelas, terang dan teramat nyata, yang tidak perlu lagi berdalil
dengan yang lain selain Allah!. Apa yang hendak saksi meyaksikan lagi,
bukankah Allah itu nyata!. Setelah nyatanya Allah itu senyata-nyatanya,
apakah masih masih memerlukan kepada saksi dan yang memerlukan kepada
peyaksian lain?.
Mereka-merea yang belum nyata Allah sahaja, yang masih lagi nak
diadakan dalil–dalil lain, yang masih nak disaksi atau yang terpaksa
dibenar, terpaksa disah atau terpaksa diiakan oleh orang lain. Apakah
tidak cukupkah Allah yang membenarkan ucapan kita?. Terjemahan sebenar
kalimah “La Ila haillah” itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui tiada lain melainkan hanya Allah”.
Jika tidak kita faham dan tidak kita ketahui makna di sebalik maksud,
seberapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau kita
menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!.
Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafaz di bibir yang
berangan-angan atau khayalan akal semata-mata!.
Lafaz syahadah dalam keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang
tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir
mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal
atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang yang “tidak megetahui” itu, seumpama garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah s.w.t!.
Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal”.
Sekiranya kita tidak mengenal Allah s.w.t, apa kesaksian yang hendak
kita persaksikan atau yang hendak kita persembahkan kepada Allah
s.w.t?. Cuba anda jawab pertanyaan saya?.
Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu
sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang
menyaksikannya!. Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksi dan
yang menyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya
bersyahadah?. Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara
satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.
Kefahaman Mengenai Peyaksian Atau Kesaksian Semasa Bersyahadah Dua Kalimah Syahadah, Mengikut Suluhan Ilmu Makrifat
Bagi mereka-mereka yang sudah mengenal diri dan
mengenal Allah, tidak ada lagi perkara saksi, perkara bersaksi atau
perkara menyaksi.
Diri kita, adalah sifat yang bersifat dengan sifat lebur, sifat
binasa dan sifat tidak ada!. Bilamana segalanya sudah lebur, sudah
binasa dan sudah fana, apakah lagi yang tersisa atau terbaki pada kita?.
Setelah tidak ada lagi yang tersisa, tidak ada yang berbaki dan tidak
ada yang tertingggal, apa lagi dan siapa lagi yang hendak meyaksi atau
bersaksi?.
Sebagai makhluk, kita adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah
binasa segala sifat makhluk, mana adanya lagi kita?. Setelah diri kita
semuanya tidak ada, siapa lagi yang hendak meyaksi dan siapa lagi yang
hendak bersaksi?. Cuba jawab?……………….
Setelah kita tidak ada dan setelah sifat kita binasa, siapa lagi yang
hendak menjadi saksi?. Seandainya tidak ada saksi, mana mungkin untuk
menyaksikan kesaksian!. Saksi itu roh dan yang bersaksi itu tubuh badan
(bibir mulut), manakala yang menyaksikan kesaksian kita itu, adalah
Allah s.w.t. Setelah roh dan setelah segala anggta tubuh badan kita
telah selamat kita kembalikan kepangkuan Allah (mati sebelum mati), apa
lagi yang hendak Allah tageh dari kita dan apa lagi yang hendak Allah
tuntut atas kita?.
Cuba jawab pertanyaan saya, setelah segalanya (jiwa dan raga) telah
tidak ada (semua telah kembali menjadi milik Allah). Apakah lagi yang
hendak Allah tuntut?…………………………………
Seandainya sifat tubuh badan dan roh kita binasa, kemana lagi hendak
kita hadapkan penyaksian kita?. Itulah makanya bagi mereka yang sudah
sampai kepada tahap makrifat, tidak ada lagi yang menjadi saksi, tidak
ada lagi yang bersaksi dan tidak ada lagi yang menyaksi!…………………………..
Melainkan yang ditilik itu, adalah juga yang menilik, yang dililhat
itu, adalah yang yang melihat, yang dipanggil itu, adalah juga yang
memanggil dan ya meyembah itu adalah juga yang disembah!……………………..
Seumpama sifat garam sudah kembali pulang kedalam sifat masin. Tidak
ada lagi sifat garam melainkan segala-galanya masin belaka!. Setelah
segala-galanya masin, maka hilanglah ketulan garam dan leburlah sifat
garam kedalam masin!. Setelah hilangnya garam dan setelah segalanya
masin, siapa lagi yang hendak menyaksi siapa?. Cuba jawab?………………………..
Inilah yang dikatakan tangga atau martabat pelajaran ilmu makrifat!.
Bicara ilmu makrifat ini, nampaknya seperti kasar, biadap atau bahasa
yang tidak bersopan, tetapi inilah kenyataan dan inilah sebenarnya ilmu
makrifat dan inilah cara kita bersyahadah yang sebenar-benar syahadah!.
Selagi tidak binasa, tidaklah ia bersyahadah, melainkan sekadar
angan-angan atau melainkan hanya sekadar hayalan atau mainan akal atau
dalam bahasa orang sekarang menyebut dengan perkataan “syok sendiri”.
Bersaksi itu, bilamana ada dua sifat wujud. Iaitu bilamana wujud aku
dan wujud Dia!. Setelah wujud diri yang bersifat majazi itu lebur, mana
ada lagi wujud yang lain selain wujud hakiki (iaituAllah s.w.t)!. Maka
yang lain akan dengan sendirinya menjadi lebur musnah, bilamana
penglihatan mata hati terpandang akan wujudnya Allah s.w.t!.
Erti wujud itu, bermaksud ada. Sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah
s.w.t. Makhluk itu, adalah bersifat dengan sifat binasa!. Setelah
makhluk bersifat binasa, mana ada lagi wujudnya makhluk. Setelah tidak
wujudnya makhluk, di situlah baru timbulnya sebenar-benar yang dikatakan
Allah s.w.t itu wujud dengan sendiri. Tidak berkongsi wujudnya Allah
s.w.t itu, dengan wujud yang lain selain dari Dia.
Bilamana sampainya kita kepada tahap itu, barulah boleh dikatakan
bahawa saksi itu Dia, yang bersaksi itu Dia dan yang menyaksi pun Dia.
Dialah seDia-Dianya. Allahlah seAllah-Allahnya Allah!. Tidak adalah yang
wujud, yang ujud dan yang maujud di alam ini, selain Allah. Allah
itulah Allah, Allah, Allah……………..
Inilah syahadah yang sebenar-benar syahadah, pengakuan yang
sebenar-benar pengakuan dan tauhid yang sebenar-benar tauhid!. Pengakuan
yang bukan sahaja putus setakat di bibir mulut, tetapi pengakuan yang
beserta dengan tasdik hati yang ikhlas, jujur dan benar!. Yang boleh
dikatakan tasdik hati (pengakuan hati) yang ikhlas, benar dan jujur itu,
adalah setelah kita campakkan garam ke dalam sifat masin. Campakkan
diri kedalam lautan fana’ dan baqa’ Allah.
Apa Makna Dan Apa Gunanya Kita Naik Saksi,
Jikalau Tidak Mengenal Siapa Saksi Dan Siapa Yang Meyaksi? (apa guna
bersaksi, jika tidak mengenal Allah)!.
Sekiranya anda masih tidak faham apa itu maksud
saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda
masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu anda menjadi seorang saksi
dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara
kebetulan, anda melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata
kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta anda mengenal pasti
pelaku yang melakukan rompakan.
Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk anda kenal pasti, yang
mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut.
Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya anda tidak dapat
cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan
tersebut. Bolehkan anda disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi?.
Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.
Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah. Kita mengaku
untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba
tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya anda mengenali Allah
s.w.t?. Bila masanya anda pernah melihat Allah s.w.t?. Sekiranya anda
belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah,
bagaimana anda hendak menjadikan diri anda itu sebagai seorang saksi,
sekiranya anda sendiri belum pernah menyaksikannya.
Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah
diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu
kesaksian?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang
jujur?. Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada tidak,
bagaimana kesaksian anda terhadap kalimah syahadah yang anda sendiri
sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan
atau satu penipuan?. Anda adalah seorang makhluk pendusta!.
Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta
juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan
sebagai hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba
jawab kepada diri sendiri!.
Kefahaman Syahadah Itu, Bukan Mengikut Sebagaimana Kefahaman Akal!
Maksud atau makna mengenal itu pula, adalah merujuk kepada kefahaman
Allah s.w.t, bukan datangnya dari kefahaman atau pengertian khayalan
akal atau angan-angan!. Setelah mengenal Allah s.w.t, barulah terbitnya
perkataan sebutan bibir yang disertai dengan perkara “rasa“. Perkataan rasa itulah maksud mengetahui. Lafaz dengan mengetahui itulah, baru sah melafazkan kalimah syahadah.
Mari kita sama-sama melafazkan dua kalimah syahadah dengan mengetahui
Allah s.w.t, bukannya dengan pengetahuan kita!. Untuk melafaz sambil
mengetahui Allah s.w.t, terlebih dahulu harus kita faham apa itu
pengertian perkataan “aku”!.
Bilamana menyebut perkataan “aku”, rujuklah kepada Allah s.w.t.
Perkataan “aku” di situ, bukannya merujuk kepada diri kita!. Diri kita
bersifat tidak mengetahui. Hanya Allah s.w.t sahaja yang bersifat tahu
dan mengatahui!. Bilamana menyebut perkataan “Aku mengetahui”,
rujuklah bahawasanya yang mengetahui itu, adalah sifat Allah s.w.t.
Allah itu, tiada lain selain Allah!. Aku itu, adalah Aku. Allah itu,
adalah Allah!.
Selagi kita mengaku bahawa kita yang mengetahui dan kita yang tahu, berertinya kita belum lagi bersyahadah. Perkataan “Aku mengetahui”
itu, adalah merujuk kepada Allah s.w.t. Yang mengetahui itu hanya Allah
s.w.t!. Bilamana kita melafaz, tasdiklah di dalam hati dan ingatlah
dengan perasaan akal yang lemah itu, bahawasanya yang boleh mengetahui
akan syahadah kita itu hanya Allah s.w.t. Yang mengerti dan yang faham
akan syahadah kita itu, hanya Allah s.w.t. Setelah kita faham maksud
mengetahui Allah s.w.t, barulah boleh kita tambah dengan perkataan aku
bersaksi atau aku naik saksi. Sesudah kita faham akan duduknya makna
yang tersirat itu, sebutlah apa sahaja perkataan yang terlafaz oleh
bibir, ia tidak lagi memberi bekas. Kerana yang memberi bekas itu,
adalah hanya Allah s.w.t.
Cakaplah apa pun yang kita sanggup cakap, ianya tidak sedikit pun
memberi bekas kepada Allah s.w.t, kerana yang terlafaz, terucap dan
terluah dari bibir itu, adalah dengan mengetahui Allah(dalam ilmu
Allah)!.
Orang yang dalam berkeadaan tidak mengetahui itu, adalah sama dengan
orang yang dalam berkeadaan mabuk, lalai, hilang akal atau hilang
ingatan. Tidak tahu dari apa yang dilafaz atau tidak tahu dari apa yang
diperkatakan. Sekadar sedap mulut untuk berkata!. Sekiranya sekadar
sedap mulut, budak kecil atau kaset pun boleh mengucap sebagaimana
lafaz bibir mulut tuan-tuan!.
Apakah itu yang dimaksud atau yang ditakrifkan oleh syarak?. Mengucap
sekadar lepas dari bibir, apakah itu yang disarankan oleh agama kita?.
Cuba jawab pertanyaan saya. Jika tidak betul dari apa yang saya
sangkakan, cuba anda ceritakan bagaimana lafaz syahadah yang sebenar?.
Cuba anda jelaskan, apa yang hendak dinafi dan apa yang hendak
diisbatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan